Kampung Selamat amat terkenal dengan LAKSA SOTONG....!!! kedai Majid, Md Noor dan Din Laksa menyajikan hidangan laksa sotong, bihun goreng kuah laksa sotong dan pelbagai lagi....
Kini.... Anjung My-Oummi dibuka sejak penghujung bulan April 2013 dan semakin mendapat sambutan daripada penduduk sekitar iaitu Tasek Gelugor, Bertam, Padang Serai dan Sungai Dua. Dengan hidangan utamanya MEE REBUS dan juga laksa serta nasi lemak RM1.
Keunikan mee rebus My-Oummi adalah kuahnya yang lain daripada yang lain, tidak menggunakan daging lembu sebaliknya rasa udang yang dikisar dan dicampurkan dengan rasa keledek merah (keledek Ipoh) menaikkan rasa enak mee rebus.
Sejak dibuka... pelbagai ragam pelanggan yang mengunjungi kedai makan kecil ini.... ramai yang menggemari rasa kuah mee rebus. Sudah ada pelanggan yang berulangkali membeli mee rebus untuk dibawa pulang. Ada yang membeli Pes My-Oummi untuk dibawa pulang khususnya bagi pelanggan dari jauh yang secara kebetulan singgah di kedai kecil ini.
Pelanggan juga boleh memilih untuk memesan Laksa dan juga Nasi Lemak My-Oummi yang juga mendapat sambutan ramai.
sila kunjungi Anjung My-Oummi di No 1393 Kampung Selamat, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara. Sebarang pertanyaan sila hubungi KakYah 019-5746115 untuk sebarang pertanyaan lanjut.