Sunday, 7 July 2013

NASI LEMAK IKAN BILIS TELUR


Nasi Lemak Ikan Bilis Telur
Harga:    RM1.00 sebungkus

LAKSA SOTONG MY-OUMMI


Laksa sotong my-oummi:
Harga laksa:       RM2.00
Harga sotong:     RM2.00

Laksa sotong my-oummi nih akan mula disediakan di Anjung My-Oummi pada 15 Ogos 2013.  Memandangkan Kampung Selamat, Tasek Gelugor ini amat terkenal dengan hidangan laksa sotong seperti di kedai Majid dan Pakdin, Anjung My-Oummi juga menyediakan hidangan enak ini tetapi dengan perbezaan di antara laksa-laksa sotong di kedai lain iaitu dengan menggunakan sotong segar...

Wednesday, 3 July 2013

KASIHAN OMEY... ANAK KUCING TERBUANG!!!


Anak kucing ini dibuang oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab!!! dan biasalah mereka biasanya memilih kedai-kedai makan untuk membuang anak-anak kucing yang tidak disukai (mungkin sebab hodoh sangat!!!).

Dijumpai dalam keadah lemah dan kelaparan pada 29 Jun 2013 di hujung kedai Anjung My-Oumi dan dinamakan OMEY, kini dijaga oleh pemilik Anjung My-Oummi.  Diberi makan ikan rebus dan juga susu tepung yang dibeli khas untuknya.  Pada hari ini OMEY semakin sihat dan aktif.

apalah kami nak buat dengan OMEY?

MENU TERBARU DI ANJUNG MY-OUMMI


NASI TOMATO AYAM MASAK MERAH:

1SET - NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH +ACAR HANYA RM3.50...!!!

Resepi ringkas ini amat disukai oleh anak-anak kecil. Rasanya yang sedikit pedas dan manis membuatkan anak-anak kecil mahu lebih lagi....

Wednesday, 26 June 2013

Hidangan Utama - Mee Rebus My-Oummi


Inilah hidangan utama Anjung My-Oummi, MEE REBUS.... sejak kedai dibuka sejak penghujung April 2013 lalu, hidangan ini sudah ada penggemar setianya.  Ramai pelanggan yang kerap mengunjungi Anjung My-Oummi untuk makan dan bungkus untuk dibawa pulang.

Antara komen-komen yang diterima adalah SEDAPPPPP!!! Rasa kuahnya yang tidak berubah hari demi hari. Ada yang berkata MEE REBUS MY-OUMMI disediakan secara masakan ala kampung, kuahnya yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair menarik selera pengunjung yang berhenti untuk mencuba menu dari kedai makan yang semakin banyak di Kampung Selamat ini.

Anda amatlah kami alu-alukan  berkunjung ke Anjung My-Oummi untuk merasa sendiri keenakan MEE REBUS MY-OUMMI ini.

Nasi Lemak My-Oummi

Nasi Lemak My-Oummi ada tiga sambal utama iaitu Sambal Ikan Bilis dan Telur, Sambal Udang dan Sambal Ikan Kering.  Harga sebungkus nasi lemak ini ialah RM1.00 sebungkus.  Nasi Lemak My-Oummi mula dijual jam 4.00 petang di hadapan kedai Anjung My-Oummi.

Tuesday, 25 June 2013

TU DIA.... PES MY-OUMMI DAH MAI DAH!!!

Inilah Pes My-Oummi yang digunakan oleh Puan Zawiyah binti Zakaria untuk resepi kuah mee rebus di kedai Anjung My-Oummi.  Pes istimewa ini seratus peratus berasaskan sayur-sayuran dan tidak dimasukkan sebarang dna haiwan.  Pes ini juga tidak mempunyai bahan pengawet dan juga pewarna juga tiada MSG digunakan.  Pes dingin beku ini tahan selama 120 hari jika disimpan di dalam freezer.

Sememangnya terdapat pelbagai pes mee rebus di pasaran TETAPI Pes My-Oummi tidak menggunakan Udang Kering sebagai bahan utama. Ini bermakna pes ini tidak berbau hapak.  Keistimewaan pes ini, selain digunakan untuk membuat kuah mee, ia juga boleh digunakan sebagai inti karipap dan samosa, ia juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai kuah sphagetti ala Malaysia....

Harga Pasaran tanpa label pada masa ini ialah RM8.50 untuk bekas 550gm... sekiranya anda mengunjungi Anjung My-Oummi harga tawaran ialah RM6.50 untuk setiap unit.

Towkay Anjung My-Oummi

Nama pemilik kedai ini ialah Puan Zawiyah binti Zakaria berusia 42 tahun. TIADA PENGALAMAN BERNIAGA KEDAI MAKAN LANGSUNG.....!!!!

Bekerja sebagai kerani di sebuah firma undang-undang selama 20 tahun lebih.  Bermula dengan gaji sebanyak RM550 dan ketika berhenti gaji bulanan hanya RM1,500 .

Kini mengambil keputusan untuk berniaga di sebuah kedai kecil di Kampung Selamat, Tasek Gelugor.  Kedai kecil ini merupakan batu loncatan dan pelan jangka pendek.  Perancangan seterusnya selepas Raya Aidilfitri iaitu bulan September 2013.


WAKTU BERSIARAN...!!!



Perhatian....

Kedai My-Oummi dibuka seawal jam 12.00 Tengahari sehingga jam 7.15 petang setiap hari kecuali hari Ahad.  Walaupun kedai kecil ini terletak di tepi jalan, tempat letak kereta disediakan di kawasan rumah beralamat 1393 Kampung Selamat.  Ya... anda boleh meletak kereta anda di kawasan rumah ini....!!!

ANJUNG MY-OUMMI KINI DIBUKA

Kampung Selamat amat terkenal dengan LAKSA SOTONG....!!! kedai Majid, Md Noor dan Din Laksa menyajikan hidangan laksa sotong, bihun goreng kuah laksa sotong dan pelbagai lagi....

Kini.... Anjung My-Oummi dibuka sejak penghujung bulan April 2013 dan semakin mendapat sambutan daripada penduduk sekitar iaitu Tasek Gelugor, Bertam, Padang Serai dan Sungai Dua.  Dengan hidangan utamanya MEE REBUS dan juga laksa serta nasi lemak RM1.

Keunikan mee rebus My-Oummi adalah kuahnya yang lain daripada yang lain, tidak menggunakan daging lembu sebaliknya rasa udang yang dikisar dan dicampurkan dengan rasa keledek merah (keledek Ipoh) menaikkan rasa enak mee rebus.

Sejak dibuka... pelbagai ragam pelanggan yang mengunjungi kedai makan kecil ini.... ramai yang menggemari rasa kuah mee rebus.  Sudah ada pelanggan yang berulangkali membeli mee rebus untuk dibawa pulang.  Ada yang membeli Pes My-Oummi untuk dibawa pulang khususnya bagi pelanggan dari jauh yang secara kebetulan singgah di kedai kecil ini.

Pelanggan juga boleh memilih untuk memesan Laksa dan juga Nasi Lemak My-Oummi yang juga mendapat sambutan ramai.

sila kunjungi Anjung My-Oummi di No 1393 Kampung Selamat, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.  Sebarang pertanyaan sila hubungi KakYah 019-5746115 untuk sebarang pertanyaan lanjut.