Sunday, 7 July 2013

NASI LEMAK IKAN BILIS TELUR


Nasi Lemak Ikan Bilis Telur
Harga:    RM1.00 sebungkus

LAKSA SOTONG MY-OUMMI


Laksa sotong my-oummi:
Harga laksa:       RM2.00
Harga sotong:     RM2.00

Laksa sotong my-oummi nih akan mula disediakan di Anjung My-Oummi pada 15 Ogos 2013.  Memandangkan Kampung Selamat, Tasek Gelugor ini amat terkenal dengan hidangan laksa sotong seperti di kedai Majid dan Pakdin, Anjung My-Oummi juga menyediakan hidangan enak ini tetapi dengan perbezaan di antara laksa-laksa sotong di kedai lain iaitu dengan menggunakan sotong segar...

Wednesday, 3 July 2013

KASIHAN OMEY... ANAK KUCING TERBUANG!!!


Anak kucing ini dibuang oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab!!! dan biasalah mereka biasanya memilih kedai-kedai makan untuk membuang anak-anak kucing yang tidak disukai (mungkin sebab hodoh sangat!!!).

Dijumpai dalam keadah lemah dan kelaparan pada 29 Jun 2013 di hujung kedai Anjung My-Oumi dan dinamakan OMEY, kini dijaga oleh pemilik Anjung My-Oummi.  Diberi makan ikan rebus dan juga susu tepung yang dibeli khas untuknya.  Pada hari ini OMEY semakin sihat dan aktif.

apalah kami nak buat dengan OMEY?

MENU TERBARU DI ANJUNG MY-OUMMI


NASI TOMATO AYAM MASAK MERAH:

1SET - NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH +ACAR HANYA RM3.50...!!!

Resepi ringkas ini amat disukai oleh anak-anak kecil. Rasanya yang sedikit pedas dan manis membuatkan anak-anak kecil mahu lebih lagi....

Wednesday, 26 June 2013

Hidangan Utama - Mee Rebus My-Oummi


Inilah hidangan utama Anjung My-Oummi, MEE REBUS.... sejak kedai dibuka sejak penghujung April 2013 lalu, hidangan ini sudah ada penggemar setianya.  Ramai pelanggan yang kerap mengunjungi Anjung My-Oummi untuk makan dan bungkus untuk dibawa pulang.

Antara komen-komen yang diterima adalah SEDAPPPPP!!! Rasa kuahnya yang tidak berubah hari demi hari. Ada yang berkata MEE REBUS MY-OUMMI disediakan secara masakan ala kampung, kuahnya yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair menarik selera pengunjung yang berhenti untuk mencuba menu dari kedai makan yang semakin banyak di Kampung Selamat ini.

Anda amatlah kami alu-alukan  berkunjung ke Anjung My-Oummi untuk merasa sendiri keenakan MEE REBUS MY-OUMMI ini.

Nasi Lemak My-Oummi

Nasi Lemak My-Oummi ada tiga sambal utama iaitu Sambal Ikan Bilis dan Telur, Sambal Udang dan Sambal Ikan Kering.  Harga sebungkus nasi lemak ini ialah RM1.00 sebungkus.  Nasi Lemak My-Oummi mula dijual jam 4.00 petang di hadapan kedai Anjung My-Oummi.

Tuesday, 25 June 2013

TU DIA.... PES MY-OUMMI DAH MAI DAH!!!

Inilah Pes My-Oummi yang digunakan oleh Puan Zawiyah binti Zakaria untuk resepi kuah mee rebus di kedai Anjung My-Oummi.  Pes istimewa ini seratus peratus berasaskan sayur-sayuran dan tidak dimasukkan sebarang dna haiwan.  Pes ini juga tidak mempunyai bahan pengawet dan juga pewarna juga tiada MSG digunakan.  Pes dingin beku ini tahan selama 120 hari jika disimpan di dalam freezer.

Sememangnya terdapat pelbagai pes mee rebus di pasaran TETAPI Pes My-Oummi tidak menggunakan Udang Kering sebagai bahan utama. Ini bermakna pes ini tidak berbau hapak.  Keistimewaan pes ini, selain digunakan untuk membuat kuah mee, ia juga boleh digunakan sebagai inti karipap dan samosa, ia juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai kuah sphagetti ala Malaysia....

Harga Pasaran tanpa label pada masa ini ialah RM8.50 untuk bekas 550gm... sekiranya anda mengunjungi Anjung My-Oummi harga tawaran ialah RM6.50 untuk setiap unit.